Mohd Shafie Bin Ngah

Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Shafie Ngah adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.

Mohd Shafie Bin Ngah

Lahir (1966-08-21) 21 Ogos 1966 (umur 54)
Sekinchan, Selangor
Didahului oleh Yg Bhg. Dr Shafie Abu Bakar (PAS)
Digantikan oleh Konstituensi dibubarkan
Laman web rasmi Shafie Ngah
Hubungan Berkahwin
Profesion Peguam
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Anak-anak 5 Orang (4 Lelaki 1 Perempuan)